Abu Ubaidah Al-Jarrah

December 1, 2009

Nabi Muhammad telah bersabda:

Tiap-tiap umat,ada orang yang memegang amanah.pemegang amanah umat ini ialah Abu Ubaidah Al-Jarrah.”

Abu Ubaidah merupakan seorang yang amanah dan antara orang yang pertama memeluk Islam setelah Abu Bakar,Beliau juga merupakan salah seorang daripada 10 sahabat dijamin syurga.Beliau juga merupakan pahlawan dan panglima Islam yang gagah dan jujur.

Nama sebenar beliau ialah Amir bin Abdullah bin Al-jarrah berasal daripada keturunan bani Quraisy yang terhormat.Beliau seorang yang kurus,tinggi,berwajah ceria,selalu merendah diri dan pemalu.Beliau juga disenangi oleh masyarakat kerana sifatnya.Beliau terkenal dengan panggilan Abu Ubaidah.

Beliau telah menyertai pelbagai jenis peperangan bersama nabi antaranya termasuklah perang badar,uhud,yarmuk,perang kota fihl dan berjaya menakluk kawasan yang luas daripada wilayah parsi dan menakluk semula kawasan yang ditakluk Rom. Beliau juga telah menghadapi ujian yang getir,antaranya beliau terpaksa bertarung dengan ayahnya didalam perang badar.Didalam perang ini beliau telah berjaya membunuh ayahnya,hal ini telah menyebkan beliau sedih dan berdukacita.

Maka Allah berfirman di dalam Al-quran,surah mujadalah,ayat 22

“engkau tidak akan dapati kaum yang beriman kepada Allah dan hari kiamat tergamak berkasih sayang dengan org yang menengtang Allah dan rasul-Nya,sekalipun orang itu bapa,anak,saudara ataupun keluarga mereka.Allah telah menetapkan keimanan dalam hati meraka dan menguatkan mereka dgn semangat.Allah akan memasukkan mereka ke dalam syurga yang dibawahnya mengalir sungai-sungai,mereka kekal di didalamnya.Allah reda akan mereka dan mereka bersyukur dengan nikmat pemberian-Nya.merekalah penyokong agama Allah,ketahuilah penyokong agama Allah adalah orang yang berjaya.”

Maka legalah hati Abu Ubaidah dengan turunnya ayat ini. Beliau juga seorang yang gagah dan jujur.Hal ini dapat dilihat melalui peristiwa didalam perang uhud dimana salah satu anak panah yang dilepaskan musuh telah tersangkut pada rahang Rasullah.Abu Ubaidah telah mencabut anak panah itu dengan giginya sendiri sehingga giginya tercabut.Maka Rasulullah telah memberinya gelaran gagah dan jujur.

Sifat jujurnya juga dapat dilihat ketika rombongan dari Najran datang menemui Rasullah.Mereka meminta baginda menghantar seorang sahabat yang paling boleh dipercayai bagi menyelesaikan pertengkaran antara mereka dan mengajar mereka mengenai agama Islam.Baginda telah berjanji untuk menghantar orang yang paling dipercayai,gagah dan jujur.

Saidina Umar al-Khatab berharap dialah orang itu tetapi org yang dimaksudkan ialah Abu Ubaidah. Abu Ubaidah juga seorang yang zuhud dan cintakan Akhirat.hal ini dpt dibuktikan ketika khalifah Umar al-Khatab mengunjungi rumahnya di Baitulmaqdis.Apa yang ada didalam rumahnya hanyalah sebilah pedang,perisai dan pelana kuda.Beliau juga panglima yang menakluk Baitulmaqdis daripada tentera Rom.

Beliau meninggal ketika berumur 58 tahun di syam dan dikebumikan dikebumikan di kawasan yang pernah dibebaskannya daripada kekuasaan Rom.Punca kematiannya ialah wabak penyakit taun yang menyerang Syam.

Sebelum meninggal dunia beliau telah berpesan kepada tenteranya,“dirikan sembahyang,tunaikan zakat,puasa di bulan ramadhan,beri derma,tunaikan ibadah haij dan umrah,dan saling nasihat menasihati.Beri nasihat kepada pemimpin kamu,jgn menipu dan jangan terpesona dengan harta dunia.Sesungguhnya Allah telah menetapkan kematian bagi setiap manusia,sebab itu manusia pasti mati.orang yang paling beruntung adalah org yang paling taat kpd Allah dan paling banyak bekalnya untuk Akhirat.”

*dipetik daripada novel Abu Ubaidah penakluk parsi

**penambahan daripada editor

1. Abu Ubaidah diislamkan oleh Abu Bakar sendiri. Antara sahabat yang telah diislamkan oleh Abu Bakar adalah ; Abdul Rahman bin Auf, Talhah bin Ubaidillah, Zubair Al-Awwam, Saad bin Abi Waqqas, Uthman bin Affan dan Abu Ubaidah Al-Jarrah.

2. Sewaktu pemerintahan Umar Al-Khattab, beliau pernah menggantikan Khalid Al-Walid dalam sebuah ekspedisi peperangan atas arahan Umar.

3. Negeri Syam dalam takrifan peta moden adalah negara Palestin, Jordan, Syria dan Lebanon.

4.Wabak penyakit taun yang dimaksudkan adalan “To’un ‘Umwas” yang berasal dari sebuah perkampungan di Palestin. Penyaktin to’un tersebut telah menyebabkan +/- 20 000 muslimin syahid. Mengapa syahid? Berdasarkan hadith  :

(Hadis Anas bin Malik r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: ” Mati kerana penyakit taun merupakan syahid bagi setiap orang muslim ”  Nombor Hadis Dalam Sahih Muslim [Dalam Bahasa Arab sahaja]: 3540 Rujukan



Siti Terima Keputusan Cemerlang UPSR Depan Jenazah Ibu

November 23, 2009

Siti Amynur Ain Putri Mohd Ameen Azaly, 12, berdoa di kubur ibuya Rusmah Abdullah yang meninggal dunia malam kelmarin di Tanah Perkuburan Makam Tuan Haji Said kelmarin. Siti Amynur yang berjaya memperolehi keputusan 5A dalam peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) mendapat keputusan yang disampaikan oleh guru besar sekolah itu, Noreha Adam itu di hadapan jenazah ibunya sebelum dikebumikan semalam. – Foto BERNAMA

SEREMBAN: Tidak seperti murid Tahun Enam lain yang kegirangan ketika menerima keputusan cemerlang 5A Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Siti Amynur Ain Putri Rosdy kesedihan menerima keputusan itu di hadapan jenazah ibunya.

Apabila keputusan UPSR diumumkan di pejabat Sekolah Kebangsaan Taman Dusun Nyior semalam, Siti Amynur Ain Putri berada di surau rumah rakyat Taman Dusun Nyior untuk membantu kaum keluarga yang lain menguruskan jenazah ibunya, Rusmah Abdullah, 47, yang meninggal dunia akibat tekanan darah rendah pada tengah malam Rabu selepas terlantar di wad hospital selama dua minggu.

Berderai air mata Siti Amynur Ain Putri dan kaum keluarga yang lain apabila guru besar sekolah itu, Noreha Adam menyampaikan keputusan ke tangan pelajar itu sendiri di hadapan tubuh kaku ibunya beberapa minit sebelum solat jenazah dimulakan pada pukul 11.30 pagi semalam.

“Saya sedih sangat, ibu tidak dapat melihat keputusan ini. Ibu selalu berpesan semasa hidup bahawa saya ini harapan dia, ayah pula sudah meninggal dunia empat tahun lalu,” kata Siti Amynur Ain Putri dengan linangan air mata.

Pelajar itu kini hidup yatim piatu bersama abangnya yang berusia 14 tahun. Selepas ayahnya meninggal dunia akibat sakit tibi, ibu Siti Amynur Ain Putri bekerja sebagai pencuci di sebuah hotel bajet rendah di Seremban dengan pendapatan RM500 sebulan.

Pada April lepas, ibunya terpaksa berhenti kerja apabila pelajar itu mengalami kemalangan sehingga patah kaki dan keluarga itu terpaksa hidup dengan bantuan kewangan RM400 sebulan.

Setiap hari selepas berhenti kerja, ibunya akan berjalan kaki sejauh satu kilometer untuk menghantar nasi bungkus kepada Siti Amynur Ain Putri kerana pelajar itu tidak balik rumah untuk menunggu kelas bimbingan UPSR.


Siti Amynur Ain Putri Rosdi, 12, (tengah) mengaminkan doa yang dibacakan oleh guru agama Ustaz Zakri Abdul Azizi (kiri) ketika melawat kubur ibuya Rusmah Abdullah. Turut serta (dari dua kiri) abang dan dua ibu saudaranya.

Guru besar Sekolah Kebangsaan Taman Dusun Nyior, yang terkejut ketika dimaklumkan ibu Siti Amynur Ain Putri meninggal dunia, berkata: “Siti merupakan ketua murid di sekolah kami. Kami tahu dia akan mendapat keputusan cemerlang. Pagi-pagi saya sudah ke Pejabat Pelajaran Daerah untuk mengambil keputusan (UPSR) seawal mungkin.

“Saya nekad untuk mendapat keputusan cepat dan sampaikan sendiri ke tangan Siti sebelum jenazah ibunya dikebumikan di tanah perkuburan Makam Tuan Haji Said,” katanya.

Beliau dengan ditemani seorang guru hampir sahaja terlewat dan Noreha tidak putus-putus berdoa supaya Siti Amynur Ain Putri menerima berita baik di sebalik ujian berat yang menimpa pelajar itu.

Ketika menyampaikan keputusan itu ke tangan murid Tahun 6 itu, Noreha berkata suasana sangat hiba dan puluhan orang termasuk ahli surau terdiam tetapi beliau mengumpul semangat untuk memberitahu kepada murid itu: “Ibu tentu tahu Siti mendapat keputusan cemerlang”.

Noreha, yang berpengalaman dalam bidang perguruan selama 24 tahun, kini berusaha untuk membantu Siti Amynur Ain Putri mendapat tempat di sekolah berasrama penuh.

“Siti ini tabah orangnya, kami tidak tahu pun ibunya dimasukkan ke wad selama dua minggu sebelum meninggal dunia. Semasa Siti patah kaki pada April lepas, dia mendapat cuti sakit selama dua bulan tetapi masuk bulan kedua, dia berazam untuk datang ke sekolah,” katanya.

Katanya Siti Amynur Ain Putri mahu mengubah kemiskinan keluarganya dan bercita-cita menjadi seorang pensyarah.

Peperiksaan…Oo…Peperiksaan

November 22, 2009



“Macam mana ni,peperiksaan dah dekat sangat. Ana tak habis ulangkaji lagi.. Habislah ana.. mesti tak dapat jawab. Gagallah ana nanti..”

“Peperiksaan?… ala.. Janganlah cakap tentang hal ni.. saya takut..”

“Mestilah belum bersedia.. Aku rasa kalau aku cuba sedaya upaya pun, aku tahu, tak akan sempat aku habiskan ulangkaji semua subjek tu…”

Inilah luahan-luahan yang sering dan mungkin selalu kita dengar apabila menjelangnya peperiksaan. Apabila menjelang peperiksaan, hati semakin berdebar-debar.

Tahap kerisaun mula meningkat. Pemikiran pun mulalah memikirkan pelbagai perkara-perkara negatif yang mungkin akan terjadi. Pemikiran itu kemudiannya pula ditafsirkan oleh otak dan diubah kepada gambaran-gambaran.

Ana, yang juga merupakan salah seorang mahasisiwi amat memahami keadaan yang digambarkan di atas dan turut jua melaluinya.

Peperiksaan adalah lumrah kehidupan. Kita sememangnya tidak dapat melarikan dirinya. Walau apapun jua, jika kita masih lagi memegang “title” sebagai seorang pelajar atau mahasiswa,mahasisiwi, peperiksaan itu memang tidak dapat dielakkan.

Ya,benar, kita tidak dapat lari darinya, tetapi, tidak mustahil kita tidak dapat mencuba untuk menghadapinya dengan sebaik-baik kemampuan kita. Peperiksaan bukanlah sebuah beban.

Peperiksaan merupakan kayu ukur untuk mengukur sejauh mana tahap pemahaman kita akan sesuatu perkara yang sudah dipelajari.

“Demi masa,sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran”
( surah Al-Asr: 1-3)


Masa itu ibarat pedang, sekiranya kita tidak mencatasnya, ia pula akan memotong kita. Masa ibarat senjata tajam yang bernilai apabila dimanfaatkan dengan sebaiknya, tetapi sebaliknya akan berlaku sekiranya masa dibazirkan begitu sahaja.

Menurut teori as-Syahid Imam Hasan Al-Banna, masa merupakan kehidupan. Sesiapa yang mengisikan masa dengan hal-hal yang tidak berfaedah, maka dia telah membuang kehidupannya. Hidupnya seperti tiada erti dan nilai.

Masa kian suntuk. Peperiksaan semakin hampir. Bagaimana kita hendak menghadapinya? Salah satu cara yang boleh dilakukan untuk kita mencuba melakukan yang terbaik dalam peperiksaan adalah dengan menggunakan masa yang singkat itu untuk melakukan ulang kaji pantas.

Berikut adalah langkah-langkahnya:

1. Semak bahagian yang sukar. Fahami dan kuasai topik tersebut. Buat latihan yang berkaitan dengan subjek tersebut dan semak jawapannya. Lihat dan fahami rangka jawapan yang diberi

2. Bagi topik yang mudah, bukanlah perlulah diabaikan. Tetapi, buat banyak latihan dengan pantas. Ini dapat menambahkan keyakinan pada hari peperiksaan itu nanti

3. Ulang kaji kembali nota-nota ringkas yang dibuat sebelum ini. Jangan baca nota yang panjang lebar. Ini dapat mengelakkan perasaan panik apabila melihat isi kandungan yang banyak yang perlu dibaca

4. Jangan terlalu bimbang atau resah. Teruskan mengulangkaji dengan kaedah yang betul. Selain mengulangkaji pelajaran, masa yang masih lagi ada itu, haruslah digunakan dengan sebaik-baiknya untuk menyiapkan diri dari segi fizikal,emosi, mental dan rohani.

Persiapan fizikal termasuklah dengan mengambil makanan yang seimbang dan mengikut waktu makan yang betul. Hal ini dapat menjaga kesihatan dan turut memberi tenaga dan stamina kepada badan untuk terus mengulangkaji pelajaran. Aktiviti-aktiviti riadah juga tidak patut diabaikan.

Dari segi mental pula, fikirkan yang positif dan yakin pada diri. Percaya bahawa kita telah berusaha dan kita yakin untuk menghadapinya. Fokuskan diri pada apa yang diinginkan dan buang perasaan risau dan resah. Elakkan daripada memikirkan perkara negatif yang dapat terjadi.

Emosi turut juga terganggu apabila menjelang peperiksaan. Maka emosi kita turut juga perlu disiap sediakan untuk bertempur di medan peperiksaan nanti. Kawallah emosi dan cuba elakkan daripada melibatkan diri dengan konflik-konflik yang dapat menjejaskan “mood” belajar kita.

Muhasabahlah diri selalu dan fikirkan setiap kejadian ada hikmahnya. Dekatkan diri kepada-Nya dengan amalan-amalan solat-solat sunat, dan membaca Al-Quran.

Sesunggunhnya Allah mengatakan hanya dengan mengingati Allah hati akan tenang. Dari segi rohani adalah dengan memperkukuhkan lagi hubungan kita dengan Maha Pencipta.

Sesungguhnya, Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita. Maka berhubunglah dengan-Nya dan panjatkanlah doa kepada-Nya dengan seikhlas-ikhlas hati dan serendah-rendah diri ini sebagai hambanya.
Berdoalah agar dipermudahkan urusan dunia dan akhirat.

Seelok-eloknya, sebelum mula ulangkaji, maka lakukanlah ibadat solat taubat dan hajat, pinta moga mudah memahami dan mengingati pelajaran tersebut. Selain itu, pohonlah restu dari ibubapa dan guru.

Jangan melukai hati mereka. Percayalah wahai pejuang di medan pertempuran peperiksaan, kerja yang dilakukan hari ini akan menyelamatkan kita hari esok. Tiada yang dilakukan di dunia ini sia-sia kecuali perkara yang sia-sia itu sendiri.

Maka gunalah masa yang suntuk ini dengan sebaik-baiknya. Jadilah seorang penuntut ilmu yang cekal hatinya, yang teguh pendirian dan azamnya, yang tidak mudah dipatahkan dengan cabaran yang menimpa. Jadilah seoarng penuntut ilmu yang patuh dan tunduk kepada Yang Maha Pencipta, yang mempercayai dengan sebulat keyakinan akan kekuasaan Azza Wa Jalla yang menentukan segala-galanya.

Usahlah resah dan gelisah, tetapi bangkitlah, wahai mujahidin, mujahidah. Janganlah gentar dalam berjihad menuntut ilmu dalam mencari keredhaan-Nya. Study itu jihad. Selamat berjaya dalam peperiksaan.




Follow

Get every new post delivered to your Inbox.